
Teduhan Kasih
Confinement & Bridal Care Β· Semenanjung Malaysia
Teduhan Kasih
Terma dan Syarat Perkhidmatan
Dengan bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan kami, anda dengan ini terikat kepada keseluruhan Terma dan Syarat yang dinyatakan di bawah.
1. Tempahan dan Pendaftaran
1.1 Deposit Tempahan: Deposit sebanyak 30% daripada harga keseluruhan pakej diperlukan untuk mengesahkan tempahan slot perkhidmatan.
1.2 Pengesahan Tempahan: Tempahan hanya dianggap sah selepas pihak Teduhan Kasih mengesahkan penerimaan deposit. Pengesahan akan dibuat dalam tempoh 12 jam selepas bukti pembayaran diterima.
1.3 Tempoh Simpanan Slot: Slot yang ditempah secara dalam talian akan disimpan selama 24 jam. Sekiranya deposit tidak diterima dalam tempoh tersebut, slot akan dilepaskan secara automatik. Deposit yang dibuat selepas tempoh ini akan diterima jika slot masih tersedia; jika tidak, deposit akan dikembalikan sepenuhnya.
1.4 Pengesahan EDD: EDD akan disahkan berdasarkan buku pink pelanggan. Sekiranya EDD berbeza, kekosongan akan disemak semula mengikut tarikh sebenar. Jika tiada kekosongan, deposit akan dikembalikan sepenuhnya.
2. Tarikh Mula Pakej & Jadual
2.1 Penyimpanan Slot (EDD): Penyimpanan slot akan mengikut Tarikh Dijangka Bersalin (Expected Due Date - EDD).
2.2 Notis Bersalin: Pelanggan wajib memaklumkan pihak kami dalam tempoh 24 jam selepas bersalin bagi membolehkan persediaan dan penyusunan jadual penugasan Confinement Lady (CL) dibuat dengan lancar.
2.3 Tarikh Mula Perkhidmatan: Tempoh pakej bermula pada hari CL tiba di kediaman pelanggan, lazimnya selepas ibu keluar dari hospital.
3. Pembayaran Baki Pakej
3.1 Baki Pembayaran: Baki pembayaran penuh mesti dilunaskan semasa hari pertama check-in perkhidmatan bermula atau mengikut jadual pembayaran yang telah dipersetujui secara bertulis.
3.2 Penangguhan Perkhidmatan: Pihak Penyedia Perkhidmatan berhak menangguhkan perkhidmatan sekiranya baki pembayaran tidak dilunaskan mengikut tempoh yang ditetapkan.
4. Kemudahan & Kebajikan CL (Pakej Stay-in)
4.1 Bilik & Tempat Tidur: Pelanggan wajib menyediakan bilik atau tempat tidur yang bersesuaian, bersih, dan selamat untuk CL.
4.2 Makanan Harian: Makanan harian CL perlu disediakan oleh Pelanggan atau dikongsi bersama makanan pantang yang dimasak.
4.3 Bilik Air & Privasi: Akses kepada kemudahan asas yang bersih dan sesuai perlu disediakan untuk kegunaan CL.
5. Kos Tambahan & Caj Sampingan
5.1 Tambang / Pengangkutan: Kos perjalanan CL ke rumah pelanggan (seperti tiket penerbangan, caj Grab, atau elaun minyak) ditanggung oleh pelanggan.
5.2 Bahan Masakan: Perlu disediakan oleh pelanggan. Pihak CL boleh membantu dalam menyediakan senarai barangan yang diperlukan mengikut kehendak dan selera pelanggan.
5.3 Bahan Rawatan: Bahan bagi semua rawatan berpantang adalah termasuk dalam harga pakej. Tiada caj tambahan akan dikenakan bagi bahan rawatan asas.
6. Pertukaran CL (Replacement Policy)
6.1 Ketidakserasian: Jika berlaku ketidakserasian atau isu kualiti perkhidmatan sepanjang tempoh jagaan, pelanggan berhak meminta pertukaran CL.
6.2 Tempoh Penggantian: Pihak Teduhan Kasih akan menyediakan CL pengganti dalam tempoh 24 hingga 48 jam, tertakluk kepada terma kontrak dan kekosongan.
7. Pembatalan dan Penangguhan Tempahan
7.1 Pembatalan: Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan sepenuhnya, deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan (hangus).
7.2 Penangguhan Dalam Tempoh 2 Minggu: Permintaan penangguhan tarikh perkhidmatan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh asal yang ditempah adalah dibenarkan, tertakluk kepada kekosongan (availability) Confinement Lady (CL) yang berkaitan.
7.3 Penangguhan Melebihi 2 Minggu: Sekiranya penangguhan yang dipohon melebihi tempoh dua (2) minggu dari tarikh asal, deposit yang telah dibayar akan hangus, sepertimana peruntukan dalam Klausa 7.1.
7.4 Ketidaksediaan CL Bagi Penangguhan Sah: Sekiranya penangguhan yang diluluskan di bawah Klausa 7.2 tidak dapat dipenuhi kerana tiada CL yang tersedia pada tarikh baharu, pihak Teduhan Kasih akan mengembalikan 50% daripada jumlah deposit yang telah dibayar kepada pelanggan.
8. Kehamilan Tidak Sampai Tempoh
8.1 Penerusan Perkhidmatan: Sekiranya kehamilan pelanggan tidak sampai ke tempoh cukup bulan, perkhidmatan penjagaan berpantang untuk ibu akan tetap diteruskan seperti biasa.
8.2 Pelarasan Harga: Memandangkan tiada keperluan penjagaan bayi (baby care) dalam situasi ini, pelanggan akan diberikan diskaun sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan harga pakej yang ditempah.
9. Data Peribadi
9.1 Penggunaan Data: Nama, nombor WhatsApp dan kawasan yang diberikan semasa tempahan hanya digunakan untuk menguruskan tempahan dan berhubung dengan pelanggan mengenainya, dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.
π¬ Ada Soalan? WhatsApp KamiEnter your Expected Due Date (EDD). We keep a 2-week window on either side of every EDD, because babies keep their own schedule.
We'll hold this slot for 24 hours while you pay the deposit.
Please include a photo of your pink book page showing your EDD.
We'll check your due date first, then hold your slot.